BURS

BURS

13 Temmuz 2012 Cuma

Ajaran kepada orang yang sedang nazak

Sesiapa yang akhir ucapannya ...

Ajaran kepada orang yang sedang nazak
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
... dia akan dapat masuk syurga.
Ajaran kepada orang yang sedang nazak

Doa ketika menziarahi orang sakit

Doa ketika menziarahi orang sakit
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Doa ketika menziarahi orang sakit
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.
Doa ketika menziarahi orang sakit

Doa supaya dapat membayar hutang

Doa supaya dapat membayar hutang
Maksudnya:

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

Doa supaya dapat membayar hutang
Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Doa supaya dapat membayar hutang

Apa yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa

"Setiap orang yang melakukan dosa hendaklah berwudhu' dengan sempurna. Kemudian mengerjakan solat sunat (taubat) dua rakaat. Kemudian, memohon keampunan (beristighfar) daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya".Apa yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa

Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannya

Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannyaSemoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.
Jawapan daripada bapa / penjaga kepada orang yang menyampaikan tahniah:

Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannyaSemoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannya

Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya

(i) Memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan.
(ii) Melaungkan azan.
(iii) Membaca zikir dari hadis-hadis Nabi dan membaca Al-Quran.
Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukaiAllah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".
Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan
Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Bacaan untuk menolak gangguan syaitan

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Istighfar (meminta ampun) dan taubat
Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan .



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
Istighfar (meminta ampun) dan taubat

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Doa perlindungan untuk anak-anakAku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).Doa perlindungan untuk anak-anak

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Doa untuk memudahkan sebarang urusanMaksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Bacaan selepas solat witir

Bacaan selepas solat witir
Maha Suci Tuhan lagi Maha Suci

Dibaca sebanyak tiga kali dan bacaan kali yang ketiga dibaca dengan suara yang nyaring dan dipanjangkan suara:

Bacaan selepas solat witir
Tuhan Malaikat dan Roh
Bacaan selepas solat witir

Doa ke atas musuh

Doa ke atas musuh
Maksudnya:

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.
Doa ke atas musuh

Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah

Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah
Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada Fulan bin Fulan...(sebutkan nama), dan kuncu-kuncunya daripada makhlukMu yang mahu bertindak jahat atau ganas ke atasku. Sangat mulia pelindunganMu dan sangat tinggi pujianMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah

Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

1. Ludah ke sebelah kiri (3 kali).
2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya (3 kali).
3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.
4. Menukarkan posisi tidurnya.
5. Bangun untuk melakukan solat jika ingin melakukannya.
Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

Doa ketika ditimpa bencana

Doa ketika ditimpa bencana
Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.

Doa ketika ditimpa bencana
Maksudnya:

Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Doa ketika ditimpa bencana
Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.

Doa ketika ditimpa bencana
Maksudnya:

Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.
Doa ketika ditimpa bencana

Doa apabila takutkan musuh

Doa apabila takutkan musuh
Maksudnya:

Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.
Doa apabila takutkan musuh

Doa ketika berhadapan dengan musuh

Doa ketika berhadapan dengan musuh
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.



Doa ketika berhadapan dengan musuh
Maksudnya:

Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.



Doa ketika berhadapan dengan musuh
Maksudnya:

Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.
Doa ketika berhadapan dengan musuh

Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman


  • Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.
  • Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.

Kemudian baca:
Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman
Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.
dan baca:
Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman
Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman

Doa qunut solat witir

Doa qunut solat witir
Maksudnya:


Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.
Doa qunut solat witir

Doa ketika dukacita dan sedih

Doa ketika dukacita dan sedih
Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



Doa ketika dukacita dan sedih
Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.
Doa ketika dukacita dan sedih